Khamis, 26 Februari 2009

ARAH TUJU AGRO BESTARI


27 Febuari 2009,
Permatang Pauh - Menurut Pengarah Syarikat Agro Bestari,Saudara Azrul Shafuan Bin Shahabudin, Syarikat Agro Bestari sedang menjalankan R & D terhadap penternakkan ikan keli ini. Antara penyelidikan yang dilakukan adalah penghahasilan makanan organik untuk pembesaran ikan keli. Bagi mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan kepada penternak-penternak ikan keli.

Syarikat Agro Bestari juga sedang menjalankan R & D untuk menghasilkan produk-produk berasaskan ikan keli bagi mengkomersialkan produk berasaskan ikan keli. Antara produk-produk yang bakal dihasilkan adalah serunding keli, keropok lekor keli, fish ball keli, serta banyak lagi produk-produk yang bakal dihasilkan. Dalam perancangan perniagaan 2009, syarikat kami mensasarkan menjelang tahun 2010, syarikat kami akan mengexport produk-produk hasil keli ini ke pasaran antarabangsa. Sejajar dengan matlamat syarikat serta kerajaan menjadikan pertanian sebagai perniagaan.

PERBEZAAN INDUK JANTAN & INDUK BETINA UNTUK PEMBENIHAN



PENYEDIAAN INDUK
Induk yang baik bergantung kepada pengetahuan tentang ciri-ciri yang terdapat pada setiap induk jantan dan betina. Induk yang baik memiliki ciri-ciri seperti berikut;


1. Induk betina- Kepala lebih kecil, mulut membulat, perut lebar, berbentuk tubuh yang mantapdan tidak cacat .- Beratnya mencapai 150-250 gram apabila berumur melebihi satu tahun.- Induk bukan dari jenis yang sama.- Induk memiliki tindak balas terhadap makanan, tahan kepada penyakit dan cepat sembuh.


2. Induk jantan- Bentuk tubuh yang mantap, mulut membulat, berwarna cerah dan tidakcacat.- Pada umur minima satu tahun boleh mencapai berat diantara 150-250gram.- Induk bukan dari jenis yang sama.- Induk memiliki tidak balas terhadap makanan, tahan kepada penyakit dancepat sembuh.


Cara hidup ikan keli
1. Ikan keli bersifat karnivor iaitu pemakan daging. Ia boleh memakan sisa-sisa dari sisa domestik dan sisa industrial. Selain itu ikan keli juga boleh memakan kotoran dan bahagian lebihan ayam seperti perut dan usus.

2. Secara semulajadi makanan ikan keli terdiri daripada mikro organisma seperti kutu air iaitu Daphnia, Cladocera dan Copepoda. Ikan keli juga memakan pelbagai jenis cacing, jentik-jentik atau siput-siput kecil. Bagi ikan keli yang dipelihara makanan seperti palet diberikan.

3. Ikan keli suka bersembunyi di dalam lubang-lubang yang terdapat di dalam perairan. Lubang tersebut bukan sahaja menjad tempat persembunyian malah sebagai tempat untuk bertelur. Ikan keli lebih gemar akan perairan bersih dan baru di mana ikan-ikan tersebut akan berkumpul di pintu kemasukan air semasa proses penukaran air kolam pemeliharaan.

4. Benteng kolam yang tinggi tidak menjadi halangan bagi ikan keli untuk keluar dari kolam kerana dengan menggunakan sengatnya, ia boleh memanjat benteng tersebut dengan mudah. Oleh itu kolam benteng yang didirikan perlulah memenuhi ciri dan syarat yang telah ditetapkan supaya ikan keli yang dipelihara tidak mudah untuk melarikan diri.

SERUNDING KELI KE PASARAN ANTARABANGSA


Posted by : Pasaran Ikan Keli
Oleh AZRUL SHAFUAN BIN SHAHABUDIN (dipetik dari Utusan Malaysia Online)
SEPANG 13 Julai - Serunding ikan keli bakal menembusi pasaran China dan Asia Barat menjelang September ini.
Pengurus Besar Delegasi Mutiara Sdn. Bhd., Mishar Minhat berkata, ia adalah langkah permulaan bagi Malaysia mempromosikan produk makanan tempatan ke pasaran antarabangsa.Selain itu kata beliau, sambal ikan keli dan ikan keli dalam tin juga akan turut dipasarkan ke negara-negara tersebut.
''Kami juga berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom,'' jelasnya pada Bengkel Insentif Usahawan Ikan Keli Mega-Utusan di sini hari ini.
Bengkel tersebut dianjurkan bersama Pusat Pengembangan, Keusahawan dan Pemajuan Pofesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM), AgroBank dan Active Surge Sdn. Bhd. (ASSB).
Mishar berkata, pada masa ini pihaknya akan mensasarkan sebanyak 60 peratus penjualan produk untuk pasaran antarabangsa dan 40 peratus bagi pasaran tempatan.
''Pemasaran keli ini masih lagi berada dalam peringkat percubaan, namun kita yakin produk tersebut mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
''Kami yakin produk tersebut memiliki pasaran yang cerah kerana penduduk dunia hari ini semakin menggemari ikan air tawar berbanding ikan laut,'' ujarnya.
Beliau berkata, Delegasi Mutiara akan menggunakan jenama Rawbite sebagai identiti produk-produk tersebut.
''Rawbite sudah didaftarkan sebagai sebuah jenama rasmi untuk produk syarikat kami,'' ujarnya.Dalam pada itu beliau memberitahu, syarikat juga sedang dalam peringkat akhir untuk membuka kilang penghasilan makanan untuk haiwan ternakan di Terengganu.
''Kilang sedang dalam proses pemasangan mesin dan dijangka mula beroperasi pada pertengahan Ogos ini,'' katanya.
Tambahnya, projek tersebut adalah sebahagian daripada usaha syarikat membantu golongan petani dan penternak untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka

Ahad, 22 Februari 2009

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN


Zon Industri Akuakultur (ZIA)
Pengenalan
Permintaan terhadap makanan berasaskan ikan dijangka terus meningkat dengan meningkatnya penggunaan per kapita ikan negara daripada 49 kg kepada 56 kg menjelang tahun 2010. Oleh yang demikian, bagi mengurangkan pergantungan yang tinggi terhadap ikan yang diimport, pengeluaran ikan negara perlu ditingkatkan sejajar dengan peningkatan penggunaan isirumah serta permintaan daripada sektor pemprosesan. Pengeluaran akuakultur juga perlu di tingkatkan selaras dengan matlamat Imbangan Dagangan Negara untuk meningkatkan pendapatan eksport makanan. Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah mengenalpasti akuakultur sebagai satu subsektor perikanan yang boleh menyumbang kepada peningkatan pengeluaran ikan negara. Akuakultur yang berskala besar atau komersial juga boleh dibangunkan sebagai satu industri yang dapat meningkatkan pengeluaran ikan. Sehubungan dengan itu, penyertaan sektor swasta dalam pengeluaran makanan berasaskan ikan akan dipertingkatkan, sama ada melalui akuakultur berskala komersial atau sederhana selaras dengan matlamat DPN3.Bagi menjamin penggunaan sumber yang rasional dan mapan, pembangunan akuakultur hendaklah dijalankan secara terancang melalui pengezonan kawasan pembangunan akuakultur supaya lebih berpusat dan tersusun.

Konsep Zon Industri Akuakultur (ZIA)
Program Zon Industri Akuakultur (ZIA) merupakan program pengezonan kawasan tanah dan perairan yang dikenalpasti sesuai untuk dibangunkan dengan projek akuakultur berskala komersial sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan pengeluaran ikan, udang dan kerang-kerangan yang ditetapkan di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3). Oleh sebab kriteria utama pemilihan zon industri akuakultur bergantung kepada kewujudan kawasan yang mempunyai kualiti dan kuantiti air yang mencukupi, bebas pencemaran dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang sesuai, maka satu zon khas akuakultur perlu disediakan bagi tujuan ini.

Objektif Zon Industri Akuakultur (ZIA)
Mengekalkan kawasan akuakultur daripada ditukarkan kepada aktiviti ekonomi yang lain. Ini perlu bagi memastikan pembangunan akuakultur secara berpusat dan lebih produktif, ekonomik, mesra alam, konsisten, mapan, sistematik serta mudah dikawal.
Memudahkan Kerajaan menyediakan khidmat sokongan dengan lebih cekap dan berkesan.
Mengurangkan kos pembangunan dan pengurusan melalui penyediaan dan penggunaan kemudahan infrastruktur secara berpusat.
Pelaksanaan projek akuakultur berskala besar dijangka dapat menerapkan unsur-unsur komersial, mengurangkan kos, meningkatkan daya saing dan memudahkan proses pemindahan teknologi baru.
Boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan cergas aktiviti hiliran seperti pengeluaran produk dengan nilai tambah (value-added) dan "agro-tourism".
Menyokong langkah mewujudkan pelan pembangunan bersepadu di sesuatu kawasan/daerah.